Heheheheh.....dok sempat nak update blog....lagipun kebanyakkan baju2 yg dah sudah tuh ownernyer tak bagi publish lagi gambonyer....nanti basi nak buat raya...hehehehheheh....tgu jer la erk pas raya...buat masa sekarang sehingga ujung bulan nih, tempahan boleh lagi dibuat. Kalau untuk pakai lepas2 raya....memang boleh tempah lagi. Untuk raya jer terhad. Takut nak amik banyak2, nanti tak sempat siap, kesian orang tak dapat beraya....huhuhuhu...nasib la raya haji nih tak der request dari mem besar. Jadi tak rushing maner la....so bleh la member2 nak menyelit....hehehehehehehe....
Sekarang duk menjahit baju kak na illiani....member masa duk Ito dulu.....patern ikut dalam majalah wanita just tukar2 sket2 gitu la....buat pun dok la rushing sebab tuan dia dah bagi date line, sebelum raya. Ekekekek....sari sebelum raya ok kak na???? hahahahahahahha....
Ok la, ader masa update lagi, p gambo2....lepas raya. Diatas permintaan tuan2 punya baju....customer first kan? hehehehehehhehe
Salam....
KATA2 ALUAN DARIPADA EMPUNYA BLOG
Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke sini. Semua hasil kerja di sini adalah 100% adalah daripada air tangan Tuan Rumah...Sekiranya ada yang berminat bolehlah menghubungi Tuan Rumah yer...Sekadar memenuhi masa terluang sebagai surirumah & tuntutan Hobi, Alhamdulillah menjadi punca rezeki hendaknya....Amin....=)
Sekiranya berminat bolehlah ikuti langkah2 disebelah kanan itu okey...
TERIMA KASIH....=)
Sekiranya berminat bolehlah ikuti langkah2 disebelah kanan itu okey...
TERIMA KASIH....=)
Wednesday, October 28, 2009
Sunday, October 4, 2009
BUNGA TERATAI UNTUK AISHAH
Aishah adalah anak sedara En Hubby...suker sesangat ngan warna pink. puas aku pikir nak buat camner ngan baju budak kecik nih, akhirnya aku just jahit bunga teratai pink banyak2 kat leher baju dia...yang ditikam leher ngan sulam manik silang. Untuk lengan baju lak, aku buatkan dua kuntum bunga bersilang dan jahit tikam labuci jer...simple tapi cantik. Aishah pun suker sangat2, sampai mak dia cakap, biler ader jer orang datang umah mesti mintak nak tunjukkan baju raya dia yang berbunga-bunga pink nih...hehehehehhe...kembang sekejap tukang jahit tgk budak kecik nih sukerkan hasil kerja kita. Dan disebabkan baju nih gak laa dah ada tempahan berpasang2 untuk dipakai bulan 6 taun depan. Tema ungu untuk majlis kawen adik ipar...adei....
JAHIT MANIK UNTUK ADIK2
Design simple2 jer untuk adik2 masa raya 2009 nih...masa maa bagi baju2 adik2 untuk dijahit manik sebab plain sangat katanya tu lagi 2 minggu nak beraya. Ditambah baju putri bertiga, adik2 seramai 4 orang...maa...aku...diselitkan untuk anak sedara sorang...maunyer rabak mata bersengkang malam2 nak menyiapkan baju2 nih semua. Tapi alhamdulillah siap...kecuali baju aku yang disiapkan lepas raya. Hehehehehe....
MOHABATIEN
Baju ini adalah milik adik yang bongsu...fanatik sangat ngan warna pink, so aku buatkan bunga berbentuk daun muhabatien + manik silang selang untuk lengan dan leher baju...
MANJALARA KASIH BERTAUT
MANIK TABUR
Untuk keseluruhan...adik2 memang suker sangat ngan hasil kerja kakaknya nih...hehehehehe...
MANIK UNTUK KASIH PUTRI BERTIGA
Jahitan manik kali ni untuk putri bertiga. Kali ni baju2 putri bertiga diserikan dengan bunga2 labuci pink dan corak manik manjalara menjalar, manik bunga lalang & manik manjalara mekar sejambak. Hahahahah...suka2 hati jer bagi nama erk...ok layan gamba...
KASIH PUTRI KEMBANG SEJAMBAK 1
Ini adalah bahagian lengan untuk putri ke-2 : manik manjalara mekar sejambak diserikan dengan bunga pink...dimekarkan pada bahagian ke-2-2 sisi baju...
Ini adalah bahagian leher untuk putri ke-2
KASIH PUTRI KEMBANG SEJAMBAK
Keseluruhan baju. lengan dan leher
KASIH PUTRI NAN SATU
Yang ini manik bunga lalang untuk putri sulong pada bahagian lengan baju dan manjalara berbunga untuk bahagian leher.
KASIH PUTRI NAN SATU
Yang ini manik bunga lalang untuk putri sulong pada bahagian lengan baju dan manjalara berbunga untuk bahagian leher.
CINTA SI ZULAIKA
Yang ni pulak manik manjalara menjalar...untuk putri ke-3, untuk bahagian leher dan lengan baju dijahit manik pintal beralun.
Harga jahit manik untuk kanak2 berbeza berbanding dengan untuk yang dewasa. Leher + 2 lengan baju = 2 lengan baju dewasa.
GABUNGAN MANIK PINTAL + BUNGA LILIT MANJALARA + MANIK TABUR + MANIK KLASIK BERKEMBAR
Design pada baju ni adalah kreativiti sendiri selepas berpuluh kali amik letak amik letak baju. Hehehehe...sebenarnyer balas dendam sebab tersalah jahit baju masa raya ari tuh. Boleh tersalah jahit manik pada baju adik yg no.3...nasib baik dia tak balik raya taun nih, leh pinjam dulu untuk sehari. Hehehehehe...sorry yer sis. Mintak maaf gak sebab gamba tak clear sebab pakai kamera phone jer...
1) Manik pintal = Pada lengan baju & leher( untuk menggantikan tikam leher )
2) Manik lilit bunga manjalara = Pada leher baju ( yg melilit pada manik tabur)
3) Manik klasik berkembar = Pada 2-2 lengan baju ( pasal apa berkembar? tgk gambar erk...)
4) Manik tabur = pada leher baju
MANIK KLASIK BERKEMBAR
Corak klasik bercantum pada tengah-tengah sisi baju
MANIK KLASIK BERKEMBAR
bila dicantumkan untuk ke-2 belah lengan baju,
tetap membentuk corak yang sama
MANIK KLASIK BERKEMBAR
keseluruhan untuk kedua-dua lengan
LILITAN KASIH
Design gabungan pada leher baju, terlalu penuh sebenarnya bagi mereka yg bertudung, tapi masih menampakkan sebahagian corak pada bahagian bawah
LILITAN KASIH
Pandangan sisi untuk bahagian leher. Bagi mereka yg bertudung boleh dikurangkan pada bahagian yang atas yang mana tertutup dengan tudung & lebihkan corak untuk bahagian bawah. Tak pun just jahit manik silang untuk menggantikan tikam leher yg biasa tuh & buatkan manik bunga lalang @ yg sewaktunya kat bahagian kaki baju. Mungkin lebih menyerlah.
dan...hehehehhe...ini adalah baju raya 2009 tuan empunya rumah nih. Dijahit selepas raya...
yang berminat boleh la hubungi saya. Harga adalah bergantung kepada penggunaan manik & design yang dikehendaki. Manik yang digunakan adalah manik jepun yang berkualiti. Harga untuk jahitan manik ialah rm25 dan keatas.
PENDAHULUAN
Salam to all...hehehehe...macam lari dari tajuk jer sebenarnyer...dari seorang PELUKIS PELAN BANGUNAN...boleh bertukar profesion jadik....PELUKIS PELAN BAJU & TUKANG JAHIT MANIK. Muakakakakak....tapi itulah hakikatnyer selepas resign dari kejer bagi mengabdikan diri untuk En Hubby vs Putri3 & menjadik surirumah sepenuh masa...Ini adalah sekadar hobi untuk menjana side income sementara tunggu si kecik membesar dan terbuka pintu hati untuk kembali bekerja...Jadik, kepada kengkawan, anyone yang nak mencantikkan baju2 or tudung2 dengan manik...boleh laa mencari saya. Rege boleh dirunding...bergantung pada penggunaan manik sendiri. Anda boleh bagi budget...saya realisasikan impian anda. Patern sendiri pun diterima...bagi yang berada disekitar Paka,Dungun & Kemaman...boleh bagi by hand jer. Yang duduk kat luar dari terengganu, boleh pos dan untuk tempahan design rm50 keatas, pos kembali adalah percuma.
Kepada yang berminat, boleh hubungi saya di :
Email : mama_yatie81@yahoo.com
Phone & Sms : 012-9066537
Untuk design akan diupdate dari semasa ke semasa, insyallah.
Kepada yang berminat, boleh hubungi saya di :
Email : mama_yatie81@yahoo.com
Phone & Sms : 012-9066537
Untuk design akan diupdate dari semasa ke semasa, insyallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)