KATA2 ALUAN DARIPADA EMPUNYA BLOG

Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung ke sini. Semua hasil kerja di sini adalah 100% adalah daripada air tangan Tuan Rumah...Sekiranya ada yang berminat bolehlah menghubungi Tuan Rumah yer...Sekadar memenuhi masa terluang sebagai surirumah & tuntutan Hobi, Alhamdulillah menjadi punca rezeki hendaknya....Amin....=)


Sekiranya berminat bolehlah ikuti langkah2 disebelah kanan itu okey...


TERIMA KASIH....=)


Sunday, October 4, 2009

GABUNGAN MANIK PINTAL + BUNGA LILIT MANJALARA + MANIK TABUR + MANIK KLASIK BERKEMBAR

Design pada baju ni adalah kreativiti sendiri selepas berpuluh kali amik letak amik letak baju. Hehehehe...sebenarnyer balas dendam sebab tersalah jahit baju masa raya ari tuh. Boleh tersalah jahit manik pada baju adik yg no.3...nasib baik dia tak balik raya taun nih, leh pinjam dulu untuk sehari. Hehehehehe...sorry yer sis. Mintak maaf gak sebab gamba tak clear sebab pakai kamera phone jer...
1) Manik pintal = Pada lengan baju & leher( untuk menggantikan tikam leher )
2) Manik lilit bunga manjalara = Pada leher baju ( yg melilit pada manik tabur)
3) Manik klasik berkembar = Pada 2-2 lengan baju ( pasal apa berkembar? tgk gambar erk...)
4) Manik tabur = pada leher baju

MANIK KLASIK BERKEMBAR
Corak klasik bercantum pada tengah-tengah sisi baju

MANIK KLASIK BERKEMBAR
bila dicantumkan untuk ke-2 belah lengan baju,
tetap membentuk corak yang sama
MANIK KLASIK BERKEMBAR
keseluruhan untuk kedua-dua lengan

LILITAN KASIH
Design gabungan pada leher baju, terlalu penuh sebenarnya bagi mereka yg bertudung, tapi masih menampakkan sebahagian corak pada bahagian bawah

LILITAN KASIH

Pandangan sisi untuk bahagian leher. Bagi mereka yg bertudung boleh dikurangkan pada bahagian yang atas yang mana tertutup dengan tudung & lebihkan corak untuk bahagian bawah. Tak pun just jahit manik silang untuk menggantikan tikam leher yg biasa tuh & buatkan manik bunga lalang @ yg sewaktunya kat bahagian kaki baju. Mungkin lebih menyerlah.

dan...hehehehhe...ini adalah baju raya 2009 tuan empunya rumah nih. Dijahit selepas raya...
yang berminat boleh la hubungi saya. Harga adalah bergantung kepada penggunaan manik & design yang dikehendaki. Manik yang digunakan adalah manik jepun yang berkualiti. Harga untuk jahitan manik ialah rm25 dan keatas.


1 comment:

Jom Menabung...